Penggunaan 2005). Menurut Kui Hiung (2012) terdapat beberapa

 

Penggunaan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TML secara berilmu,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan lecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
murid terhadap pelajaran. Ia juga mampu memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua murid yang pelbagai keupayaan seterusnya meningkatkan motivasi
murid untuk belajar. Dengan penggunaan TMK juga guru mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. TMK juga membolehkan sesuatu
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana
dengan cara biasa mampu ditunjukkan oleh guru melalui penggunaan TMK. Ianya
juga mampu memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran dan aspek pembelajaran.

 

            Dalam konteks pengajaran pula, TMK
boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi (KPM, 2001). Menurut
Razana & Lalili Farha (2012), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
berbentukan teknologi bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru dan
murid menggunakan alat tersebut untuk mempersembahkan isi kandungan pengajaran
secara interaktif. Maklumat tambahan dari internet akan membuatkan murid kaya
dengan maklumat. Perkembangan teknologi telah membolehkan pembelajaran
dijalankan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.
Terdapat beberapa perkara yang akan mempengaruhi aplikasi TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah perkakasan itu sendiri, tenaga
pengajar, bahan-bahan pembelajaran dan kaedah penyampaian (Hasmawati &
Fatimah, 2005). Menurut Kui Hiung (2012) terdapat beberapa perkara yang
mempengaruhi keberkesanan penggunaan YMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji cuba untuk menjawab kepada empat persoalan utama seperti kebolehan
guru menggunakan alatan TMK, pengaruh sikap guru terhadap TMK, keudahan
peralatan TMK dalam bilik darjah dan keberkesanan penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
keberkesanan penggunaan TMK di bilik darjah adalah sederhana dan kurang
mendapat sambutan daripada guru-guru di sekolah untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran. Ini mungkin disebabkan oleh kemahiran guru mengenai TMK yang
sederhana, sikap atau minat guru terhadap penggunaan TMK yang sederhana dan kemudahan
TMK yang kurang lengkap di dalam bilik darjah. Jelas menunjukkan kekangan sikap
guru itu sendiri akan menjejaskan keberkesanan penggunaan TMK di sekolah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

            Penggunaan TMK di sekolah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya begitu penting untuk meningkatkan
tahap pencapaian murid dan motivasi murid itu sendiri. Guru-guru perlu
menggunakan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat
murid untuk belajar. Kajian yang dilakukan oleh Abdul Razak & Norazlina
(2010) mengenai tinjauan penggunaan internet dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah di sekitar Johor menjawab persoalan apakah tujuan penggunaan internet
dalam kalangan guru di sekolah. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti,
kemahiran dan pengetahuan asas guru terhadap penggunaan internet, masalah yang
diahadapi dan factor-faktor yang mendorong guru-guru menggunakan internet bagi
tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan majoriti
guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan internet. Kajian ini juga
dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru seperti  penggunaan internet yang melekakan pengguna,
kemudahan di sekolah yang terhad dan sumber yang ditemui hanya dalam Bahasa Inggeris.
Kajian ini menunjukkan bahawa para guru sekolah rendah terdorong menggunakan
internet atas factor untuk mendapatkan bahan terkini selain minat guru itu
sendiri melayari internet serta sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir
untuk menggunakan internet sebagai bahan pengajaran mereka. Sebagaimana ucapan
bekas Perdana Menteri

x

Hi!
I'm Victor!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out